Mulai Tahun ini, Kertas peperiksaan dalaman sekolah akan ditempatkan di bilik khas TS25. Semua pengoperasian peperiksaan dalaman akan diuruskan oleh pihak sekolah atau jawatankuasa peperiksaan di bilik ini. Semua aktiviti peperiksaan dalaman sekolah akan diiklankan oleh unit peperiksaan dalaman di sudut dan ruangan bilik berkenaan. Semua kertas peperiksaan dalaman juga perlu dihantar 1 minggu lebih awal sebelum bermulanya peperiksaan. Manakala, semasa hari kejadian, guru subjek akan menuntut kertas peperiksaan tersebut pada awal pagi untuk diedar kepada para pelajar semasa waktu peperiksaan bemula. Walaupun ini hanya peperiksaan dalaman, kaedah menempatkan kertas peperiksaan ini di bilik khas lebih terjamin keselamatan dan kerahsiaannya.
0 comments:
Post a Comment