Monday, October 17, 2022

LAWATAN SIC+

Pada 13/10/2022,  Para SIC+ dari PPD Sibu membauat lawatan kunjung bantu bagi mata pelajaran Sejarah.  Tujuan lawatan ini ialah untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru Sejarah terutamanya guru baharu.  Para guru baharu dibimbing bagaimana mengajar dengan lebih berkesan serta meningkatkan kefahaman mereka berkenaan KSSM yang baharu.



Monday, August 15, 2022

PERASMIAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

 Pada 16/8/2022,  perasmian Bidang Teknik dan Vokasional telah disempurnakan oleh pengetua di sekolah semasa perhimpinan rasmi bersama pelajar.  Tujuan perasmian ini ialah untuk memberi galakkan kepada pelajar pentingnya bidang kemahiran dan teknikal dalam kalangan pelajar pada masa kini.  Para pelajar digalakkan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru-guru.  Berikut ialah gambar aktiviti semasa perasmian diadakan.






Sunday, May 15, 2022

MARI MEMBACA

Pada 21/4/2022,  1100 am - 1110 am,  seluruh Negara mengadakan Hari Membaca selam 10 minit.  Semua pelajar,  guru dan warga sekolah digalakkan untuk menyertai program membaca selama 10 minit ini di kedudukan masing-masing.  Tujuan program membaca ini ialah untuk mengamalkan budaya membaca dikalangan pelajar dan diri kita sendiri.  Pada hari ini,  ramai di kalangan anak murid dan diri kita sendiri kurang membaca kerana leka bermain gajet pada setiap masa.  Justeru,  amalan membaca sangat kurang diamalkan pada hari ini.  Oleh yang demikian,  program selama 10 minit ini adalah langkah-langkah untuk mendorong diri kita membaca untuk hari ini dan hari-hari seterusnya.











Friday, May 13, 2022

PENGOPERASIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN DALAMAN di Bilik TS25

Mulai Tahun ini,  Kertas peperiksaan dalaman sekolah akan ditempatkan di bilik khas TS25.  Semua pengoperasian peperiksaan dalaman akan diuruskan oleh pihak sekolah atau jawatankuasa peperiksaan di bilik ini.  Semua aktiviti peperiksaan dalaman sekolah akan diiklankan oleh unit peperiksaan dalaman di sudut dan ruangan bilik berkenaan.  Semua kertas peperiksaan dalaman juga perlu dihantar 1 minggu lebih awal sebelum bermulanya peperiksaan.  Manakala,  semasa hari kejadian,  guru subjek akan menuntut kertas peperiksaan tersebut pada awal pagi untuk diedar kepada para pelajar semasa waktu peperiksaan bemula.  Walaupun ini hanya peperiksaan dalaman,  kaedah menempatkan kertas peperiksaan ini di bilik khas lebih terjamin keselamatan dan kerahsiaannya.







PEMANTAUAN HARIAN KELAS

Pemantauan harian kelas dilakukan pada setiap masa oleh penolong-penolong kanan bersama ketua guru displin.  Ini untuk memastikan kawasan kelas terkawal serta tidak berlaku pelbagai kes-kes displin.  Pemantauan displin dilakukan pada awal pagi 0630 - 0710 pagi kemudian disambung dengan pemantauan pelaksanaan pdpc.  Waktu rehat pelajar juga dibuat pemantauan iaitu rehat pertama menengah rendah 0930-1000,  manakala rehat menengah atas 1000-1030 pagi.  Melalui pemantauan ini,  persekitaran sekolah bebas dari masalah displin.







LEARNING WALK PENGURUSAN KELAS GURU

Pengetua dan barisan penolong kanan serta ketua guru displin sentiasa membuat pemantauan pengurusan kelas guru semasa waktu pdpc.  Pihak pengurusan mengambil berat perkara ini supaya pdpc dilaksanakan dengan berkesan di dalam bilik darjah tanpa gangguan pelagai isu displin dan sebagainya.  Selain itu,  pihak pengurusan menekankan suasana pembelajaran yang teraputik supaya guru dan pelajar bersama-sama menjayakan pelajaran dan pembelajaran pada setiap masa.  Kawalan yang baik didalam kelas mesti diutamakan kerana akan mewujudkan suasana yang harmoni bagi setiap murid dan guru yang berada di dalam kelas itu.










LEARNING WALK PDPC BM

Pada 24.6.2022,  Penolong Kanan Pentadbiran bersama dengan Ketua Bidang Bahasa dan Guru Bahasa Melayu mengadakan Learning walk pdpc BM di kelas 1D.  Tujuan Learning walk ini ialah untuk meningkatkan kaedah pdpc berkesan di dalam bilik Darjah.  Selesai Learning walk,  pihak pemantau akan membuat perbincangan dan membantu guru yang diperhatikan bagaimana untuk menambahbaik kaedah pdpc berkesan di dalam bilik darjah.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti learning walk :